BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 31, 2010

KembarTiga

Pada suatu malam, seorang isteri mengadu sakit perut kepada suaminya. Dia risau akan kandungannya yang menginjak usia. Doktor mengesahakan bahawa beliau akan melahirkan bayi kembar tiga.Sambil mengusap usap perutnya yang terasa tendangan tendangan dari bayi bayi dalam kandungannya itu sambil tersenyum kepada suaminya....

Bayi dalam kandungan.....

Tiga bayi kembar dalam perut ibu ini bertanya cita-cita masing-masing...

"Abang Sulung cakap" : Abang nanti nak jadi pegawai TNB sebab dalam perut ibu gelap.

"Adik kedua cakap" : Angah nak jadi pegawai JBA sebab dalam perut ibu banyak air....

"Adik Bongsu pulak cakap'' : Adik nak jadi POLIS BRANCH sebab nak siasat siapa budak kepala botak yang asik keluar masuk kat dalam perut ibu pastupancut air kat kiter bertiga.Hampeh betul budak botak tuh.....

Posted by admin on 2006/9/17 0:46:12 (17884 reads) Subscribe via Email

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca
kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada
penjaga bilik berkenaan.

Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua
pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

penyakit suami

Seorang isteri menemani suaminya untuk pemeriksaan kesihatan. Selesai pemeriksaan,doktor memanggil isteri tersebut untuk membicarakan keadaan suaminya, berdua saja.

"Suami puan menderita penyakit yang cukup berat, yang di pengaruhi stress yang menimpa dirinya. Jika puan ingin suami puan tetap hidup, lakukan nasihat2 yang saya berikan," kata doktor.

"Pagi hari buatkan sarapan yang enak. Perlakukan suami dengan baik dan lembut. Untuk makan siang, buatkan menu yang lengkap gizinya. Malam harinya sajikan makan malam yang istimewa. Jaga perasaannya, jangan bebani dia dengan pekerjaan rumah tangga dan jangan berkeluh kesah. Jika puan tidak melakukan semua itu, puan akan kehilangan suami," tambahnya.

Dalam perjalanan pulang, si suami bertanya kepada isterinya, "Apa kata doktor tentang penyakitku?"

"Kamu akan meninggal..."